~"Melayu mudah lupa" merupakan kata kata hikmat mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad,yang akan tersemat dalam sanubari sebahagian besar Bangsa Melayu. Peringatan ini diluahkan melalui persembahan sajak oleh Presiden UMNO itu sendiri semasa ucapan pengulungan Presiden, Perhimpunan Agung UMNO pada 23 Jun 2001,,untuk menyedarkan bahawa sifat negatif ini wujud dalam sistem orang Melayu agar sentiasa beringat, sedar keadaan mereka dan tidak cepat dan mudah selesa.marilah kita sama-sama hayati sajak beliau..~
Melayu mudah lupa,,Melayu mudah lupa..
Melayu mudah lupa,,Dulu bangsanya dipijak..
Melayu mudah lupa,,Dulu bangsanya retak..
Melayu mudah lupa,,Dulu bangsanya teriak..
Melayu mudah lupa,,Dulu bangsanya haprak..
Melayu mudah lupa,,Dulu bangsanya kelas dua..
Melayu mudah lupa,,Dulu bangsanya hina..
Melayu mudah lupa,,Dulu bangsanya sengketa..
Melayu mudah lupa,,Dulu bangsanya derita..
Melayu mudah lupa,,Dulu bangsanya kerdil..
Melayu mudah lupa,,Dulu bangsanya terpencil..
Melayu mudah lupa,,Tiada daulat,Tiada maruah,Tiada bebas..
Melayu mudah lupa,,Melayu mudah lupa..
Melayu mudah lupa,,Sejarah bangsanya yang lena..
Tanah lahirnya yang merekah berdarah..
Ingatlah,,Ingatlah,,
Ingatlah,,Wahai bangsaku..
Jangan mudah lupa lagi..Kerana perjuanganmu belum selesai...
P/S:aQ kongsi sajak ini atas dasar bangsa melayu bukan kerana POLITIK semata-mata.. Harap semua menghayati sajak yang cukup bermakna untuk bangsa melayu.. Marilah semua bangsaku..marilah kita bersatu atas 1 bendera,,iaitu MALAYSIA,,,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan